Monday 2 January 2012

Kami Bersedia Menerima Tempahan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....

Hari ini merupakan hari kedua dalam tahun 2012. Selamat Tahun Baru!!!! Semoga anda dapat melaksanakan azam anda dan ape jua yang anda rancangkan di sepanjang tahun 2012. Begitu juga dengan Nuridutas Enterprise, kami juga mempunyai perancangan-perancangan yang tersendiri dalam memajukan dan memantapkan perniagaan ayam ini.

Hari ini juga merupakan hari ke-11 anak ayam kami di reban. Perkembangannyer sangat positif. Alhamdulillah, setakat ini anak2 ayam berada dalam keadaan sihat. Kami juga sering membuat pemantauan agar kematian anak ayam dapat dikurangkan. Uuiiisshhh.... bukan senang nak besarkan anak ayam ni. Poning kepalo den!

Jadi, kami nak maklumkan pada kawan2 bahawa kami bersedia menerima sebarang tempahan ayam yang bakal menjengah pasaran pada hujung bulan Januari ini. InsyaAllah....... Jangan lengah2 kawan2, nanti stok kehabisan! Anda boleh terus hubungi kami ataupun membuat pesanan melalui e-mail kami iaitu nuridutasenterprise@gmail.com. 

Rasanyer setakat ini sahajalah yang dapat kami kongsikan bersama dengan anda. Jangan lupa buat tempahan dengan segera!
Design by MISZ PINKY EYES DESIGN STUDIO