Tuesday 18 October 2011

Promosi Harga Ayam Sempena Hari Raya Aidil Adha

Assalamualaikum..... bertemu lagi kita dalam blog ayam ini. Apa khabar rakan-rakan semua? Semoga anda semua berada di dalam keadaan sihat walafiat.


Sempena kedatangan Hari Raya Aidil Adha yang bakal menjelang tiba, kami ingin menawarkan harga terbaik ayam kami yang segar dari ladang.


Bekalan? Anda jangan bimbang kerana bekalan ayam kami mencukupi sehingga Hari Raya Aidil Adha sahaja tau. Sekiranya anda ingin membuat tempahan, sila hubungi dengan segera sementara stok masih ada.

Wednesday 12 October 2011

Memperluaskan Pasaran Ayam Ke Hotel

Assalamualaikum rakan-rakan semua...terutamanya pada penternak dan pembekal ayam. Harap-harap anda semua sihat hendaknya.


Syukur pada Allah kerana permulaan bisnes berjalan ini dengan lancar. Kami rasa bangga dan seronok sebab kami berjaya dan mampu melaksanakan impian kami tanpa bantuan dari mana-mana pihak. Kami ingin buktikan bahawa kaum Bumiputera mampu melakukannya seperti peniaga-peniaga yang lain.


Rezeki dari Allah ni memang tak pernah putus........ Saya ada berita gembira nak dikongsikan dengan anda semua. Semalam kami telah dihubungi oleh sebuah hotel yang terletak di Kuala Lumpur. Walaupun bukan hotel ternama tapi ianya memberi 1000 erti pada kami. Kami telah dipelawa untuk supply ayam pada mereka tau. Walaupun kuantitinya tidak banyak tapi ini memberi satu cabaran pada kami.


Alhamdulillah... ini menguatkan semangat kami untuk terus berusaha di samping mempelajari ilmu-ilmu baru serta selok-belok dunia perniagaan ayam ini...... Doakan kami yer!
Design by MISZ PINKY EYES DESIGN STUDIO