Wednesday 12 October 2011

Memperluaskan Pasaran Ayam Ke Hotel

Assalamualaikum rakan-rakan semua...terutamanya pada penternak dan pembekal ayam. Harap-harap anda semua sihat hendaknya.


Syukur pada Allah kerana permulaan bisnes berjalan ini dengan lancar. Kami rasa bangga dan seronok sebab kami berjaya dan mampu melaksanakan impian kami tanpa bantuan dari mana-mana pihak. Kami ingin buktikan bahawa kaum Bumiputera mampu melakukannya seperti peniaga-peniaga yang lain.


Rezeki dari Allah ni memang tak pernah putus........ Saya ada berita gembira nak dikongsikan dengan anda semua. Semalam kami telah dihubungi oleh sebuah hotel yang terletak di Kuala Lumpur. Walaupun bukan hotel ternama tapi ianya memberi 1000 erti pada kami. Kami telah dipelawa untuk supply ayam pada mereka tau. Walaupun kuantitinya tidak banyak tapi ini memberi satu cabaran pada kami.


Alhamdulillah... ini menguatkan semangat kami untuk terus berusaha di samping mempelajari ilmu-ilmu baru serta selok-belok dunia perniagaan ayam ini...... Doakan kami yer!

3 comments:

  1. tahniah...moga terus maju dan beroleh keuntungan dari uasaha yang dilakukan.

    ReplyDelete
  2. Buktikan yang kaum Melayu mampu berdaya saing dalam industri Ayam ni..Semoga terus maju.

    ReplyDelete
  3. aymofaz & azman : terima kasih. mudah-mudahan usaha kami ini beroleh keuntungan dan secara tidak langsung kami terus mempelajari teknik-teknik penternakan serta menjadi usahawan yang terbaik. Diharapkan kami terus sukses.

    ReplyDelete

Design by MISZ PINKY EYES DESIGN STUDIO