
Nuridutas Enterprise berhasrat untuk menjalankan penternakan ayam dengan menggunakan kaedah sistem reban tertutup. Projek penternakan ayam ini akan dipantau sepenuhnya oleh pihak Intergrator pada setiap hari bagi memastikan proses penternakan ini akan berjalan dengan lancar dan sempurna.
Justeru itu, Nuridutas Enterprise berharap agar projek penternakan ayam ini berjaya dan berkembang maju selaras dengan kemajuan yang dicapai di negara ini. Sebagai memenuhi matlamat Wawasan 2020 yang diwar-warkan, projek penternakan ini turut membuktikan kepada masyarakat dan negara bahawa kaum Bumiputera mampu berdiri sama rendah duduk sama tinggi dan bersaing secara sihat dengan pihak –pihak lain untuk membekalkan produk berkualiti.