Tuesday 1 November 2011

Persaingan + Dugaan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pada rakan-rakan semua. Apa khabar semuanya? Moga-moga anda seperti macam hari semalam, macam hari sebelum semalam, macam hari sebelum sebelum semalam. 

Hari Raya Aidil Adha dah makin hampir. Bagaimana dengan persiapan anda untuk menyambutnya? Sudahkah anda mendapatkan bekalan ayam untuk dimasak dan dihidangkan sebagai santapan di pagi raya? Begitu juga dengan para pembekal ayam. Sepertimana yang anda semua ketahui, kami menawarkan harga yang menarik dan sangat berpatutan kepada anda. Jangan lupa hubungi kami kerana stok masih ada.

Kita cerita sedikit lah tentang rezeki yer. Hidup itu misteri. Jadi, perkara-perkara yang menyumbang pada kehidupan itu sendiri pun misteri. Soal rezeki juga misteri. Namun kami berdoa agar apa yang kami usahakan di samping menjadi ibadah, ia juga membuka pintu rezeki kami. Perkembangan mutakhir hari ini, memaksa kami ambil kisah tentang rezeki. Moga-moga tak kena penyakit sebab kesihatan adalah rezeki, moga-moga bahagia dan tak susah hati sebab itu juga adalah rezeki dan yang terpenting sekali moga-moga ayam kami tak ditimpa penyakit kerana ayam itu adalah penyumbang kepada rezeki kami.

Doakan kejayaan kami dan berilah sokongan pada kami agar kami berjaya. 

1 comment:

  1. Begitu lah cabaran untuk menjadi seorang peniaga yang berjaya. Mudah2an anda lebih cekal mengharunginyer...

    ReplyDelete

Design by MISZ PINKY EYES DESIGN STUDIO