Saturday 17 December 2011

2nd Race Ayam Akan Menemui Anda Bulan Januari 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Apa khabar pada rakan2 semua? Semoga anda berada di dalam kedaan yang sihat sejahtera walaupun cuaca tidak menentu sejak akhir2 ini. Yelah... musim tengkujuh kan. Hampir semua tempat dilanda banjir. Harap2 rakan2 kita sabar melalui ujian ini.

Anda ada cerita menarik? Kami pun ada cerita menarik juga berkenaan dengan ladang ayam kami laa..... Alhamdulillah, berkat kesabaran dan usaha kami, ayam2 kami telah pun berjaya dijual sepenuhnya. Lega betul rasanya. Walaupun kami terpaksa melalui pelbagai ujian dan rintangan namun kami tetap kuatkan semangat untuk memastikan bahawa ayam2 ini terjual. 

Untuk pengetahuan rakan2 semua,  anak2 ayam baru kami akan masuk pada minggu hadapan. Jadi, seawal bulan Disember kami sibuk melakukan kerja2 pembersihan bagi memastikan ladang kami bersih dan tiada kuman. Di samping itu, kami juga telah melakukan kerja2 membaikpulih dan penambahbaikan segala peralatan untuk ayam kami. 

Ayam2 kami akan mula dijual pada penghujung Januari 2012. InsyaAllah..... Oleh yang demikian, kami  ingin memaklumkan kepada rakan2 semua bahawa sesiapa yang berminat untuk 'order' dulu ayam kami (bila ayam dah besar, baru ambil), anda dikehendaki membayar deposit atau 'advance payment'. Ini adalah sebagai jaminan bahawa anda memang benar2 ingin membeli ayam kami kerana ada segelintir pembeli ayam hanya memberi janji kosong. Bila tiba masanya, mereka tidak mahu membeli ayam kami pula.

Kami berharap dengan prosedur baru ini, ayam2 kami terjual sepenuhnya. Jangan bimbang yer rakan2, harga kami adalah berdasarkan pasaran semasa dan insyaAllah boleh dirunding. Jangan lepaskan peluang ini kerana kami menawarkan harga yang berpatutan dan ayam kami 'fresh' dari ladang.......


                                       Keadaan reban ayam setelah dibersihkan.


             
                   Kerja2 penambahbaikan bagi peralatan makanan dan minuman ayam.


                                                  
                                   Ruang pengudaraan untuk ternakan ayam kami.



No comments:

Post a Comment

Design by MISZ PINKY EYES DESIGN STUDIO