Friday 23 December 2011

22/12/2011 - 2nd Race Ayam....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bertemu kite sekali lagi di dalam blog Nuridutas Enterprise ini. Apa khabar anda sume? Harap2 anda sihat yer. Hmmm... 2-3 hari ni cuace mendung jer kan? Namun begitu, cuace yg redup ini tidak mengganggu aktiviti kite sume. 

Rakan2 yg dihormati sekalian, 22/12/2011 mencatat sejarah sekali lagi dlm kalendar Nuridutas krn kami telah menerima kemasukan anak ayam baru untuk kali ke-2. Cam terima pelajar kolej lak yer. Hehehehehe.... Alhamdulillah dgn berkat kesabaran kami, akhirnya berjaya juga kami menternak anak ayam ini. Untuk race yg ke-2 ini, kami memilih untuk menternak ayam daging.

Jadi, kami ingin memaklumkan pada rakan2 sume sekali lagi sekiranya anda berminat untuk membuat tempahan awal ayam kami, anda boleh berhubung di talian 017-2928908. Sepertimana yg penah kami maklumkan dahulu, setiap pelanggan yg membuat tempahan awal haruslah membayar deposit sebagai jaminan bhw anda benar2 berminat untuk membeli ayam kami.

Jangan bimbang yer rakan2, harga kami sangat berpatutan dan mengikut kadar harga pasaran semasa. Ayam daging kami adalah 'fresh' dari ladang. Harga yg kami tawarkan adalah bermula dari RM 4.00/kg hingga RM 5.00/kg bergantung kpd kuantiti yg dikehendaki. Kami juga memberikan khidmat penghantaran ayam terus ke tempat anda yg mana kos penghantarannya adalah RM 0.50 bg setiap ekor ayam. 

InsyaAllah, kami akn memberikan 'service' yg terbaik untuk pelanggan kami sume.  



   Reban ayam kami menggunakan teknik 'Close House'. Ini adalah gambar selepas kerja2 pembersihan reban.




Reban ayam yang telah dijalankan penambahbaikan sistem minuman ayam dari manual ke auto.



Reban ayam yang telah diletakkan 'plastic sheet' bagi tujuan mengurangkan suhu kepanasan dalam reban di samping untuk memudahkan kerja2 pembersihan.



Kipas juga telah dipasang bagi memastikan suhu dalam reban dapat dikawal.



Habuk kayu telah ditaburkan 



Anak2 ayam berjaya di masukkan ke dalam reban.










No comments:

Post a Comment

Design by MISZ PINKY EYES DESIGN STUDIO