Wednesday 28 December 2011

6 Hari Anak-Anak Ayamku Di Reban....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Cuaca agak mendung hari ni. Macam nak hujan tp tak hujan lak. Hehehehehe.... Ok la tuh, kalu cuaca panas sgt sakit kepala lak kn? Ape perkembangan anda semua pada minggu terakhir Disember dan minggu terakhir kita di tahun 2011? Harap2 anda semua membina impian baru, hajat baru, cita2 baru dan seterusnyer membina kehidupan baru yang jauh lebih baik dari hari ni.

2012 akn menemui kita tak lama lagi. Nuridutas Enterprise mula melangkah setapak ke hadapan. Mudah2an dgn "2nd race" ayam ini memberi kami lebih pengalaman dalam mempelajari selok-belok dunia penternakan ayam dan perniagaan. 

Hari ni genap 6 hari anak2 ayam di reban. Proses penternakannya berjalan seperti biase dan kami masih mengawal serta memantau tahap kematian ayam daging ini. Berdasarkan pengalaman kami, kadar kematian ayam kampung jauh lebih rendah dr ayam daging. Namun begitu, kami teruskan usaha untuk menternak ayam daging ni.

Ok kawan2, jgn lupe yer pd mereka yg ingin membuat tempahan ayam ni sementara stok masih ada!


No comments:

Post a Comment

Design by MISZ PINKY EYES DESIGN STUDIO